12 Feb -- Polis Australia mengesahkan sudah merekod keterangan dua lelaki yang ada kaitan dengan kejadian kebakaran hutan yang mengorbankan lebih 180 orang setakat ini.
Pihak berkuasa percaya sekurang-kurangnya dua kebakaran hutan di Selatan Victoria dilakukan secara sengaja dan mereka yang didapati melakukannya berdepan tuduhan membunuh.
Konstabel Kanan Polis Victoria, Sharon Darcy memberitahu bahawa pasukan detektifnya sudah mengambil tindakan pantas hasil maklumat yang diberi.
Maklumat itu mengenai tingkah laku dua lelaki terbabit yang mencurigakan di Yea ketika kebakaran dan mereka dipanggil bagi membantu siasatan.
Yea terletak kira-kira 20 kilometer di utara Marysville, pekan yang sama sekali musnah dalam kebakaran Sabtu lalu.
Di pekan itu saja, pihak berkuasa mengesahkan lebih 100 penduduk maut.
-- BERITA24
Apakah hukuman yang patut dikenakan?




