SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RADIO24 -
INFORMASIIklankan dengan Radio24.. Sila hubungi ditalian 03-2694 1728 atau 03-2692 8955 untuk keterangan lanjut untuk pengiklanan di laman web Radio24.Keterangan Lanjut -
INFORMASISertai Facebook Bernama Radio24 Taip 'Bernama Radio24' di kotak carian. -
INFORMASI EVENING NETWORK 939 Bernama Radio24 9PM - 1AM setiap hari -
Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-63 Memutuskan Lima Kertas Kerja Untuk Dilaksanakan
Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan ke 63 hari ini memutuskan lima kertas kerja untuk dilaksanakan.
Antaranya bersetuju dengan garis panduan perancangan Gated Community dan Guarded Neighbourhood.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin berkata bagaimanapun, perlaksanaan Guarded Neighbourhood adalah tertakluk kepada pertimbangan kerajaan negeri masing-masing.
Sekiranya setiap pihak berkuasa tempatan ingin melaksanakan Guarded Neigbourhood, maka ia perlu mematuhi garis panduan yang telah diluluskan.
Garis panduan itu juga hanya terpakai kepada penubuhan Gated Community dan Guarded Neigbourhood yang baru saja.
Wartawan Bernama Radio24, Shahrul Aini Shahran melaporkan antara lain yang dipersetujui dalam mesyuarat itu adalah pemakaian Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit oleh semua pihak berkuasa tempatan.