SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RADIO24 -
INFORMASIIklankan dengan Radio24.. Sila hubungi ditalian 03-2694 1728 atau 03-2692 8955 untuk keterangan lanjut untuk pengiklanan di laman web Radio24.Keterangan Lanjut -
INFORMASISertai Facebook Bernama Radio24 http://www.facebook.com/home.php?#/group.php?gid=6421882807 -
INFORMASI Bernama Radio24 Terima Anugerah Daripada Kementerian Kesihatan dan Anugerah Media Islam Negara.Klik di sini dan di sini untuk berita penuh. -
Presiden MCA Mengaku Isu PKFZ Punca Kemelut Dalam Parti
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat semalam mengaku isu kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mungkin menjadi punca yang mencetuskan krisis kepimpinan dan kemelut dalam parti.
Beliau turut memohon maaf kepada perwakilan pusat yang menghadiri mesyuarat agung tahunan parti ke 56 di sini terhadap suasana rasa tidak selesa di kalangan mereka akibat krisis itu.
Ini merupakan kali ketiga presiden parti itu memohon maaf terhadap isu berkenaan dalam tempoh dua hari.
Parti itu dikejutkan dengan perletakan jawatan beramai-ramai anggota jawatankuasa pusat yang dilantik, termasuk timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memaksa parti itu menetapkan 28 Mac ini sebagai tarikh pemilihan baru.
Datuk Seri Ong berkata sebagai Menteri Pengangkutan beliau sendiri yang memilih untuk memulakan siasatan terhadap isu PKFZ itu.